Asalnya, niat pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Raja Ema Raja Ibrahim (RE) kembali muncul ke persada seni tanah air sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang.
Tanpa disangka-sangka susulan kemunculannya sebagai penghias muka depan sebuah majalah wanita hujung tahun lalu, Raja Ema menjadi buruan penggiat industri. Namanya kembali meraih perhatian umum dan menjadi sebutan peminat.
Bertitik-tolak daripada peluang kedua itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jejaka Idaman ini bertekad untuk memanfaatkan kesempatan diperoleh itu untuk bergiat aktif semula.
Lembaran 2013 bagai satu perjalanan indah dan bermakna buat ibu tunggal ini. Raja Ema sendiri mengakui kenyataan itu ketika memenuhi sesi fotografi bersama RAP, minggu lalu.
"Alhamdulillah, dalam fikiran saya, peluang memasuki semula bidang seni perlu digunakan sebaik mungkin. Pendek kata, saya aktif kembali dalam nyanyian dan lakonan bukan untuk mainmain atau sambil lewa.
"Orang (industri dan peminat) sudah beri kepercayaan, saya kena buat sehabis baik," katanya yang pernah sedekad menyepi kerana komitmen kepada keluarga.
Atas peluang ini, ibu kepada Putera Ammar, 19, dan Putera Alkashah, 17, ini enggan menoleh ke belakang lagi, tetapi merencanakan percaturan besar untuk masa depan kerjayanya.
"Cabaran memang ada apatah lagi saya perlu mengagihkan masa sebaik mungkin untuk kerjaya dan anak-anak. Tetapi itulah percaturan yang harus saya lakukan dengan bijak dan adil.
"Kenapa nak sia-siakan peluang kedua ini? Memandangkan sudah diterima baik, saya perlu bersungguh-sungguh dan komited dalam bidang ini," katanya.
Bercerita mengenai cabang lakonan dan nyanyian yang berjalan lancar, Raja Ema mengakui, pembahagian masa yang baik adalah kunci kelancaran kerjayanya kini.
"Saya berlakon apabila ada watak bersesuaian. Alhamdulillah, setakat ini saya berlakon tidaklah sampai ke lewat malam di lokasi. Paling lewat jam 9 atau 10 malam saya sudah boleh pulang.
"Kalau untuk nyanyian pula, biasanya saya akan terima undangan nyanyian pada hujung minggu. Memang bunyinya macam agak padat, tetapi sebenarnya saya sentiasa ada masa diperuntukkan untuk anak-anak.
"Biasanya, selepas penggambaran pada setiap malam, saya tetap akan curi masa untuk bawa anak-anak minum atau makan di luar. Itu adalah kesempatan terbaik untuk saya luangkan masa dengan mereka selepas seharian bekerja," katanya.
Beralih pada lagu terbarunya, Warna Hatiku (menampilkan RJ), anak kepada pelakon komedi Allahyarham Yusni Jaafar ini berkata, dia berbesar hati menyambut penerimaan dan respons baik peminat pada lagu rancak itu.
"Syukur sekali dengan respons peminat Pada asalnya, saya hanya mahu memperkenalkan diri kepada generasi muda. Tak sangka pula dapat sambutan baik.
"Matlamat saya untuk memperkenalkan diri kepada peminat baru dan generasi muda tercapai sikit demi sikit. Malah, gara-gara lagu itu, ada yang sapa saya dengan gelaran `Auntie Rapper'.
"Memang lucu dan tergelak jadinya, tetapi itu menunjukkan kehadiran saya diterima oleh peminat muda juga," katanya.
Justeru itu, Raja Ema berkata, reaksi positif itu menjadi pemangkin semangat untuknya terus mencari formula baru dalam menghidangkan karya lebih segar dari semasa ke semasa.
"Tunggu dalam sebulan dua untuk lagu ini terus melekat di kalangan peminat dan selepas itu, saya akan tampil dengan lagu berikutnya.
"Yang buat saya seronok mengenai lagu single berbanding album penuh seperti zaman dulu-dulu adalah ia memberikan peluang dan kebebasan untuk saya sentiasa mencari idea dan imej baru untuk setiap projek.
"Kalau untuk Warna Hatiku saya tampil dengan imej hip hop dan urban, mungkin untuk projek lagu akan datang saya cuba lagu dan imej lain pula," katanya yang kini menjalani penggambaran drama bersiri Pulang Sayang dan Dia Suamiku.
Melanjutkan perbualan kepada teman duet lagu itu, RJ, pendatang baru yang meraih populariti selepas kejayaan lagu Teman Pengganti (bersama Black) ini mengakui Warna Hatiku adalah platform terbaik untuk mengukuhkan jenamanya.
Ujar RJ, selepas fenomena lagu rap ciptaan Malique itu reda, dia terus mencari naskhah baru bagi meneruskan kelangsungan kerjayanya yang baru bermula.
"Saya senyap beberapa bulan selepas Teman Pengganti kerana fikiran dan hati saya berbelah bagi sama ada untuk bergiat serius atau sebaliknya.
"Akhirnya, saya buka mata dan tekad untuk tidak mensia-siakan peluang ini. Dari situ, saya berusaha mencari material bersesuaian sehinggalah saya diberikan peluang oleh pihak Warner Music Malaysia untuk bergandingan dengan Kak Ema dalam lagu Warna Hatiku.
"Pada saya, ia adalah satu penghargaan yang perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya.
Sebagaimana Raja Ema, RJ turut menyifatkan kemunculan lagu itu sebagai perintis kerjayanya selepas ini.
"Saya mahu berdiri atas jenama RJ. Saya perlu mencari material yang lebih baik untuk terus mengukuhkan kerjaya saya selepas ini.
"Alhamdulillah, saya sudah ada sebuah lagi lagu baru berjudul Resolusi menampilkan Kilafairy yang akan keluar pada bulan ini.
"Lagu rap itu adalah pertaruhan terbaru saya dan ia akan dilancarkan serentak bersama muzik videonya tidak lama lagi," kata anak tunggal dalam keluarga ini.
Dalam menghuraikan kisah kerjayanya, RJ mengakui, dia masih mencari identiti aliran rap yang bersesuaian dengannya.
"Saya akui masih mencari identiti aliran rap yang bersesuaian dengan saya. Saya masih belajar lagi. Banyak juga rujukan saya lakukan sebagai inspirasi.
"Sebagai penyanyi rap, bagi saya bukan faktor kelajuan kita melontarkan bait-bait lirik yang jadi faktor tetapi sejauh mana kejelasan mesej yang cuba disampaikan.
"Insya-Allah, dalam masa terdekat saya percaya akan dapat menampilkan aliran rap yang tersendiri agar masyarakat kenal pasti itu adalah identiti rap RJ," katanya.
RJ juga berkata, pengalaman setahun jagung bergelar penyanyi profesional memberikan banyak pengalaman baru sekali pun dia sudah biasa dengan selok-belok dunia nyanyian kerana berkhidmat sebagai eksekutif promosi di sebuah syarikat rakaman sejak enam tahun lalu.
"Sekarang baru saya tahu dan faham apa perasaan seorang artis apabila hendak mengadakan persembahan dan menjalani kehidupan yang menjadi perhatian umum.
"Saya menjadi lebih peka dan sensitif dengan diri sendiri dan orang sekeliling. Sebenarnya, saya semakin kenal siapa diri saya dan tindak-tanduk agar disenangi semua pihak.
"Apa pun saya memang terhutang nyawa dan budi pada Black kerana dia membuka jalan untuk saya bergelar RJ hari ini," katanya yang turut mendedikasikan kerjaya seni ini kepada Allahyarham ibunya, Latipah Mohamad.

0 ulasan:
Catat Ulasan