Sinopsis Asmara Luna
Asmara Luna bermula ketika sambutan ulang tahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan ayah Luna sepakat menghadiahkan kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.
Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah `teddy bear' (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari "Dear Luna".
Pada majlis yang ringkas itu, Luna turut menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik. Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja.
Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa pekerja di sana termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya.
Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan. Selepas mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar dengan Adam.
Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya menaruh harapan terhadap Luna. Habib kecewa apabila dapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa membuat Luna ketawa.
Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Apakah yang terjadi seterusnya? Drama ini boleh diikuti setiap Selasa hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.
Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo dan skrip oleh Sofia J Rhyland ini membariskan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Datin Sofia Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.

0 ulasan:
Catat Ulasan