A Golden Moment With Hafiz sempena Minggu Setiausaha

A Golden Moment With Hafiz merupakan persembahan Hafiz sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakannya bersama Adira di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 22 April ini dari pukul 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

Jelas penyanyi Bahagiamu Deritaku, itu adalah persembahan pertama yang dijayakan sempena Minggu Setiausaha selepas menjadi penyanyi lima tahun lalu.

“Menyanyi di pentas sebegini membuatkan saya agak gemuruh juga. Ini kerana corak persembahan pada Minggu Setiausaha agak berbeza bagi saya. Saya kena ada interaksi dengan para penonton dan mereka pula golongan setiausaha.

“Apa pun saya akan cuba yang terbaik untuk persembahan ini. Mujurlah Adira turut sama menjayakan persembahan ini kerana ia sedikit sebanyak mampu memeriahkan lagi lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti.
A Golden Moment With Hafiz

“Antaranya kami mungkin akan berduet dalam lagu bertajuk Ombak Rindu. Saya juga akan menyanyikan beberapa buah lagu wajib pada persembahan itu seperti Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku," ujarnya.

Sementara itu, Adira yang ditemui turut tidak menduga akan digandingkan bersama-sama Hafiz dalam persembahan itu kerana ia antara lain hasil permintaan daripada pihak penganjur iaitu Coop Matrade.

Persembahan yang akan dihoskan oleh Afdlin Shauki itu juga merupakan gandingan pertamanya bersama Hafiz pada persembahan sempena Minggu Setiausaha yang sejak menjadi penyanyi sepenuh masa.

“Buat masa ini saya sedang mencari-cari lagu apakah yang sesuai untuk dipersembahkan pada persembahan itu. Apa yang pasti saya akan menyanyikan dua buah lagu solo dan dua buah lagu duet dengan Hafiz.

“Cuma tajuknya akan saya putuskan kemudian. Saya memang terkejut apabila pihak penganjur mahu menggandingkan saya dengan Hafiz dalam persembahan ini. Saya tiada masalah kerana senang bekerja dengannya," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top