Adi Putra urus syarikat pakej umrah Hadid Travel & Tours

Pelakon Adi Putra kini sibuk menguruskan syarikat pakej umrah iaitu Hadid Travel & Tours yang ditubuhkan sejak awal tahun lalu.

Penglibatannya dalam bidang perniagaan itu adalah sesuatu permulaan baharu dalam hidupnya dan akan memberikan fokus kepada kedua-dua bidang tersebut dengan sebaik-baiknya.

"Saya akan masih terus berlakon selagi masih diperlukan dan perniagaan pakej umrah ini adalah satu ruang baharu untuk saya terus menimba ilmu dan bezanya ia dalam bidang perniagaan."

Walaupun masih baharu dalam bidang tersebut namun dia akan memastikan semua keperluaan peserta yang menggunakan pakej umrah syarikatnya akan diuruskan dengan baik.


Adi akan memastikan kesemua peserta yang mengikuti pakej umrah syarikatnya diuruskan dengan baik.

Malah kata Adi, pihaknya turut menyediakan ustaz berpengalaman dalam mengerjakan umrah bagi membantu mereka menyempurnakan ibadah mereka apabila tiba di Mekah.

"Masih banyak perkara yang perlu saya belajar untuk menguruskan pakej umrah namun saya akan pastikan semua peserta akan diuruskan dengan baik sepanjang berada di Mekah," ujarnya.

Tambah Adi, buat masa ini dia hanya menfokuskan kepada pakej umrah kepada peserta dari Malaysia selain Singapura dan tidak bercadang untuk membuka pakej haji.

Sementara itu, Adi turut menjelaskan dia tidak pernah menggunakan popularitinya sebagai seorang selebriti untuk menarik perhatian peminat dalam melariskan pakej umrah syarikatnya yang ditubuhkan beberapa bulan lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top