Rumah mewah Ellen DeGeneres berhantu

Pengacara popular yang mengendalikan Oscar baru-baru, Ellen DeGeneres, mempunyai masalah agak rumit membabitkan pengalaman mistik di kediamannya sendiri.

Baru mendiami rumah agam terletak di Holmby Hills itu, beliau sudah berdepan kejadian menyeramkan termasuk mendengar suara aneh, bunyi tapak kaki dan pintu yang terbuka serta tertutup sendiri.


Difahamkan, gangguan itu berpunca daripada roh penghuni asal kediaman berkenaan. Pemiliknya ialah pengusaha hartanah bernama Sidney Brody yang tinggal bersama isterinya, Frances.

Dengar wanita menangis

Rumah besar seluas 13,000 kaki persegi itu dibangunkan sendiri pasangan terbabit sekitar 1951. Si suami meninggal dunia pada 1983 disusuli Frances tidak lama kemudian, ketika berusia 93 tahun.

Sumber berkata, DeGeneres yang enggan mempercayai unsur ghaib itu, kini agak ketakutan kerana kejadian menyeramkan dialaminya, terutama selepas mendengar wanita menangis.

"Struktur asal kediaman berkenaan sudah dirobohkan dan ini bermakna, DeGeneres tinggal di rumah baharu yang mengambil tapak rumah asal. Dia tidak menyangka berdepan situasi seperti ini," kata sumber itu.

~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top