Sinopsis Kamen Rider OOO

Siri Kamen Rider OOO mengisahkan Eiji Hino, seorang pengembara yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan mempunyai kisah silam tragis. Satu spesies makhluk purba dikenali sebagai Greeed menyerang manusia untuk memuaskan keinginan selepas terjaga dari tidur selama 800 tahun.

Pada masa sama, lengan Greeed yang tercabut dan digelar sebagai Ankh memberi Eiji sejenis tali pinggang berserta tiga pingat untuk berlawan dengan spesis itu dengan bertukar menjadi Kamen Rider OOO.

Sementara itu, Yayasan Kougami bertemu dengan Eiji dan mula membantu wira itu menentang Greeed, tanpa mendedahkan niat sebenar mereka.


Siri Kamen Rider OOO  direka dengan konsep baru. Kamen Rider OOO menampilkan watak terbaru yang mengumpul pingat seperti syiling istimewa yang membolehkan superhero itu bertukar kepada pelbagai karakter mengikut situasi pertempuran.

Huruf OOO disebut sebagai O's yang bermaksud raja berganda dan juga melambangkan tiga pingat yang digunakan Kamen Rider untuk membuat penjelmaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top