Filem Menarik Sempena Hari Wanita Sedunia Mac 2014 -Saluran Lifetime (709)

Sempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut setiap tahun pada bulan Mac, Saluran Lifetime (709) akan menayangkan rancangan dan filem-filem hebat sepanjang bulan tersebut.

Hujung minggu pasti lebih menarik dengan tayangan maraton program berjudul ‘The Conversation with Amanda de Cadenent’ dan ‘My Life Is A Lifetime Movie’ yang akan ditayangkan pada 8 Mac ini, jam 4.00 petang hingga 10.00 malam dan diikuti 9 Mac, jam 4.00 petang hingga 9.30 malam.

Selain itu, untuk memeriahkan lagi malam anda, filem-filem hebat seperti ‘The Toyman Killer’, ‘Cold Spring’, ‘Baby Seller’, dan ‘Hunting Season’ akan ditayangkan pada setiap Selasa, jam 8.00 malam bermula  4 Mac ini.

Kesemua filem ini dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Sarah Carter, David Haydn-Jones, Jennifer Gibson, Kirstie Alley dan ramai lagi.

Di samping itu, musim terbaru rancangan popular ‘Celebrity Wife Swap S2’ juga akan mula bersiaran pada Khamis, 27 Mac, jam 9.00 malam.

Kesemua program hebat ini akan ditayangkan hanya di saluran Lifetime (709).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top