Syamsul Yusof selamat bernikah dgn Puteri Sarah

Pelakon Syamsul Yusof telah selamat bergelar suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, , Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah kira-kira pukul 10.30 pagi.

Puteri Sarah diwalikan oleh bapanya Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin.

Syamsul memberikan mas kahwin sebanyak RM1,111.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sementara itu, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.

Syamsul yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles pada Selasa selepas disyaki demam denggi masih lagi mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.

Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 18 April di Dewan Perdana Felda dan 20 April di kediaman pengantin lelaki di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top