Bukan salah saya - Nora Danish

Pelakon, Nora Danish menegaskan beliau tiada kaitan dengan serbuan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap sebuah kelab hiburan di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu.

Nora melalui rakaman video yang disiarkan portal MIG Online berkata, majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran bersebelahan dengan kelab hiburan berkenaan.

“Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib.

“Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan," katanya.

Nora dalam pada itu turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah. - UTUSAN ONLINE

)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top