Farid Kamil mahu anak ke kelas tahfiz

Anak Farid Kamil sudah berusia lapan bulan yang kini dikhabarkan semakin lincah.

Mengakui lebih fokus terhadap kerjaya dan pengurusan masa, Farid yang mendirikan rumah tangga dengan Diana Danielle, 23, pada akhir 2012, mempunyai impian menghantar cahaya mata pertama mereka ke kelas tahfiz sebaik mencecah usia lima tahun.

Katanya, ia sebagai memenuhi impian ibunya yang mahu melihat seorang daripada adik-beradiknya bergelar hafiz atau hafizah, namun masing-masing memilih aliran lain.


"Itulah harapan ibu saya, tetapi ia tidak kesampaian. Jadi kini giliran cucunya pula memenuhi impian nenek mereka. Lagipun, biarlah dia didedahkan dengan ilmu agama sejak kecil," katanya yang memaklumkan menunggu waktu sesuai mengumumkan nama penuh si kecil yang hanya dipanggil Muhamad itu.

Berkongsi lagi perancangan buat Muhamad, tambah Farid, apa yang pasti buat masa ini beliau dan isteri sepakat enggan membenarkan anak mereka terbabit dalam dunia lakonan pada usia kecil.

Baginya, biarlah Muhamad melalui kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain kerana sebagai pelakon dan pengarah, beliau sudah berdepan pelbagai pengalaman sepanjang di lokasi penggambaran.

"Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Ketika masih kecil, biarlah dia menikmati kehidupan sebagai kanak-kanak sepuas- puasnya, bukan bekerja pada usia muda sekalipun sekadar suka-suka.

"Andai suatu hari nanti dia cenderung kepada bidang yang sama dengan kami, itu terpulang kepadanya. Namun pada peringkat awal ini, kami akan memberikan pendidikan secukupnya sebagai bekalan masa depan," katanya.
~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top