Sarimah Ibrahim kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu yang baru dikenalinya sejak tiga bulan lalu.

Sarimah, 36, berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta.

"Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu bernama Tunku Nadzimuddin Tunku  Mudzaffar.


"Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya.

Tambah Sarimah, keikhlasan Najimmudin membuatkan Sarimah terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama.

Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul You On My Mind. Lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Simon J Bailey.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top