Bagai ada sesuatu yang menghalang pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio, daripada menggenggam Oscar walaupun sehingga kini, sudah lima kali beliau dicalonkan untuk merebut trofi idaman ramai itu sejak dua dekad lalu.

Pada Anugerah Academy Ke-86 yang berlangsung di Hollywood baru-baru ini, Dicaprio tewas pula di tangan Matthew McConaughey, yang sememangnya dianggap calon pilihan ramai apabila menunjukkan lakonan hebat sebagai penghidap Aids menerusi filem Dallas Buyers Club.


Begitupun, DiCaprio juga dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menjulang trofi terbabit atas tiket lakonannya dalam The Wolf of Wall Street.

Apabila sekali lagi beliau terlepas peluang keemasan berkenaan, sudah tentu ada saja pihak yang menjadikannya bahan gurauan, dengan menghasilkan beberapa gambar yang menunjukkan betapa trofi itu jauh daripada jangkauannya.

Nampaknya, bukan sekadar tewas, kini DiCaprio terpaksa pula menerima hakikat dirinya menjadi bahan jenaka.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top