Sinopsis Romi Cinta Julia 

Romi Cinta Julia mengisahkan hubungan seorang gadis bernama Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) yang tidak direstui keluarga.

Hubungan mereka mendapat tentangan daripada bapa Julia, Malik yang mahu memutuskan hubungan anak bongsunya itu dengan Jeff.

Namun, tindakan Malik hanya menyebabkan Jeff semakin bersemangat untuk memiliki Julia.

Suatu hari, Jeff memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat beli-belah.

Kecuaian Jeff membawa kepada pertemuan Julia dengan Romi secara tidak sengaja. Lama-kelamaan, hubungan Julia dan Romi semakin rapat sehingga menyakitkan hati Malik.

Suatu hari Julia ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff untuk menyertai aktiviti sosial.

Pada masa sama, Malik marah dengan tindakan Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan kekasihnya itu.

Sementara itu, bapa Romi, Mohamad yang tiba-tiba balik Malaysia sebenarnya bertujuan membuka semula perjanjian 20 tahun lalu dengan Malik untuk menjodohkan anak mereka.

Malik menganggap perjanjian itu sebagai satu penyelesaian terbaik untuk memisahkan Julia dengan Jeff, sekali gus melupakan teman lelakinya itu.

Julia pula merasakan Jeff adalah cinta sejatinya dan sanggup melarikan diri bersama teman lelakinya itu dari pangsapuri kakaknya menggunakan kain yang disambung.

Bagaimanapun, sambungan kain itu terputus dan Julia terjatuh menyebabkan Jeff panik dan terus beredar tanpa membantu teman wanitanya.

Kejadian itu menyebabkan tulang belakang Julia cedera dan boleh menyebabkan lumpuh untuk tempoh tertentu.

Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan dan sejak mendirikan rumah tangga, Romi melayani isterinya seperti puteri.

Julia pula dingin terhadap suaminya dan Romi merancang untuk membawa isterinya bercuti untuk mengurangkan tekanan.

Namun, kejadian buruk berlaku dalam perjalanan mereka apabila Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Drama Romi Cinta Julia juga boleh disaksikan menerusi laman web Tonton. Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan video boleh disaksikan menggunakan komputer dan telefon pintar.

Saksikan drama kisah cinta Romi Cinta Julia 13 episod pada setiap Khamis, jam 9 malam di TV3

Terbitan produksi Creative Skill Solution.

Drama Romi Cinta Julia ini menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Aida Aris, Esma Daniel dan Leez Rosli.

Nukilan skrip oleh Nieza Nahar,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top