Ian Somerhalder seronok layan peminat di Facebook

https://www.facebook.com/iansomerhalderofficial

Aktor kacak drama bersiri Vampire Diaries, Ian Somerhalder dilihat begitu teruja melayan karenah peminat yang memberikan pelbagai kata-kata atau komen di laman sosial Facebook (FB) miliknya.

Bagi jejaka berusia 35 tahun itu, komen para peminatnya banyak yang menghiburkan hatinya tatkala dia mempunyai masa untuk membacanya dan dia hanya membalas beberapa komen tertentu sahaja yang dirasakan perlu kerana kekangan masa.

Menyedari betapa pentingnya hubungan seseorang artis dengan peminat, Somerhalder mengambil inisiatif sendiri dengan memperuntukkan sedikit masa untuk sesi soal jawab bersama peminatnya, baru-baru ini.

“Saya begitu teruja kerana dapat meluangkan masa berbuat demikian dan ia suatu pengalaman yang takkan dilupakan. Saya begitu menghargai mereka (peminat) yang selama ini menyokong karier saya, maka ia perlu dibalas dengan mengadakan perbualan bersama mereka.

“Ini adalah kali pertama saya melakukannya dan tidak mungkin akan jadi yang terakhir. Jika ada masa dan peluang, kemungkinan besar saya akan lakukannya lagi kerana bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan dengan peminat, malah agak seronok dan menghilangkan tekanan.

“Ini kerana, kebanyakan persoalan yang diajukan oleh peminat melucukan, sekali gus membuatkan saya ketawa sendirian. Mereka banyak bertanya mengenai tubuh badan saya yang dikatakan semakin berotot berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, segala perincian soalan, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya kepada media baru-baru ini.

Pada masa yang sama, pemegang watak Damon Salvatore menerusi siri televisyen popular itu amat berterima kasih kepada pengasas FB kerana mencipta satu laman sosial yang disifatkannya sangat relevan dan berguna kepada masyarakat terutama golongan artis sepertinya.

“Terima kasih atas pengalaman ini dan tidak lupa kepada pengasas FB kerana merealisasikan hasrat saya. Peminat adalah sumber inspirasi saya dan sesi dialog yang diadakan adalah luar biasa. Tanpa FB, saya mungkin kekurangan peminat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top