Sinopsis Need For Speed

Need For Speed mengisahkan perjalanan hidup Toby Marshall, seorang lelaki yang mahir lumba kereta dan memiliki bengkel pengubahsuaian kereta mahal dan lumba di New York. Bengkel itu diserahkan kepada Toby oleh ayahnya, namun dia berdepan masalah kewangan untuk membayar pinjaman bank.

Atas alasan itu, Toby bersama rakannya terpaksa menyertai perlumbaan haram bagi mendapatkan wang. Muncul pula watak Dino yang menjadi pesaing kepada Toby dalam perlumbaan yang kemudiannya memperkenalkan Toby kepada seorang wanita, Julia yang berminat untuk membeli kereta Ford Mustang yang disiapkan Toby pada harga AS$3 juta (RM9.8 juta).


Syaratnya, kereta terbabit harus mencapai kelajuan 200 kilometer sejam seperti didakwa Toby sebelum ini. Ketika menguji tahap kelajuan kereta itu di trek perlumbaan, kawan baik Toby, Little Pete terbabas ke dalam gaung dan mati selepas keretanya meletup Dino sempat menghilangkan diri dan Toby pula ditangkap, sekali gus dijatuhk an hukuman penjara dua tahun atas kesalahan lumba haram.

Selepas tamat tempoh hukumannya, Toby dibebaskan di bawah parol dan dia nekad membalas dendam atas kematian Little Pete dan kembali memburu Dino yang memerangkap mereka sebelum ini.

Pengarah: Scott Waugh

Pelakon: Aaron Paul , Toby Marshall, Dominic Cooper dan Scott Mescudi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top