Perjalanan seni Qasri bermula apabila dia mencuba nasib memberanikan diri untuk menyertai MENTOR 5 di bawah mentor Edry Abdul Halim.

Walaupun tidak terpilih tetapi Qasri tidak berputus asa dan memberitahu Edry tentang impiannya untuk bekerja di KRU Music.

Akhirnya impian Qasri tercapai apabila dia diambil bekerja di syarikat gergasi itu sebagai budak penghantar surat (Mat Despatch) dan kemudiannya dipindahkan ke bahagian produksi (KRU Studios).

Bakat lakonan dan nyanyian Qasri mula dikesan KRU Studios dan filem pertama lakonannya ialah Chikaro pada tahun 2012 sebagai tahun pelakon tambahan.

Dia kemudiannnya diberi watak lebih mencabar dalam filem ‘Hantu Tok Mudim’ dengan membawakan watak `Kunyit’ yang merupakan pembantu kepada `Lebai Kulup’ lakonan Soffi Jikan.

Qasri

Terbaru Qasri bakal muncul dalam filem `Mat Tudung’ terbitan Showbiz Productions yang bergandingan berlakon bersama pelakon popular Fizz Fairuz dan Izzue Islam. Filem `Mat Tudung’ bakal ditayangkan pada bulan Ogos 2014.

Bagaimanapun, cinta pertama Qasri adalah bidang nyanyian. Qasri pernah memiliki album pada tahun 2002 bertajuk `Menterai Janji’ yang mana antara lagu dalam album tersebut adalah lagu `Mimpi Di Patuk Ular’.

Ketika pihak KRU Music sedang mencari penyanyi untuk menyampaikan lagu ’Citarasa Perempuan’ yang merupakan lagu tema untuk filem `Mat Tudung’, syarikat pengurusan mendapati Qasri adalah penyanyi yang sesuai di mana filem tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang mat motor yang begitu dekat dengan dirinya.

`Citarasa Perempuan’ adalah ciptaan komposer Edry Abdul Halim dan dengan penyampaian tersendiri, Qasri diharapkan akan menwarnakan lagi industri muzik tanahair.

Bermula pada 19 FEB 2014, lagu `Citarasa Perempuan’ telah dimuat-naikkan secara rasmi menerusi rangkaian `You Tube’ KRU Music. Lagu ini telah dipasarkan melalui i-Tunes dan nada deringnya pula melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan. ~ Astro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top