Mohon maaf atau Hanez ambil tindakan mahkamah

Hanez Suraya meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.


"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.

Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.

Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.

"Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.

"Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.

Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun. ~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top