Rozita Che Wan sah hamil setelah 3 bulan kahwin

Menerusi akaun Instagramnya, pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan mengesahkan dirinya hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.

Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status;

"Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat mu ya Allah.. amin."

Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain.

Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada Che Ta dan Zain. Semoga berita gembira ini akan memancarkan lagi sinar kebahagiaan mereka sekeluarga. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top