Sinopsis filem 300: Rise of an Empire

Rise of an Empire mengisahkan keegoan Jeneral Greek, Themistokles (Stapleton) untuk tunduk kepada Parsi mengundang kemarahan Raja Darius (Igal Naor), lalu mengarahkan tenteranya menyerang Greece di kawasan perairan antara tanah besar dan Salamis.

Tindakan Darius itu dapat dihidu Themistokles, lalu beliau membuat persediaan lebih awal dengan menyerang tentera Parsi.

Tidak dapat berbuat apaapa, tentera Parsi mengundurkan diri dari Salamis. Bagaimanapun Themistokles bertindak melepaskan busur ke arah kapal yang dinaiki Darius dan mengenai dirinya. Kejadian itu disaksikan anaknya, Xerxes (Santoro).

Maka, bermula episod Xerxes yang dikenali sebagai Raja Dewa menuntut bela atas kematian bapanya dengan mengubah dirinya menjadi raja yang berkuasa bagi menentang Greece.

Artemisia (Green) pula ialah rakyat Greece yang berpihak kepada Parsi dan menjadi ketua armada tentera berkenaan. Beliau ingin membalas dendam ke atas kematian keduadua orang tuanya ketika kecil, akibat dibunuh tentera Greece, dan Artemisia juga menjadi tunjang utama menggerakkan peperangan antara Parsi dan Greece.

300: RISE OF AN EMPIRE

- Arahan: Noam Murro

- Pelakon: Sullivan Stapleton, Eva Green, Rodrigo Santoro, Callan Mulvey, David Wenham, Jack O'Connell, Hans Matheson, Lena Headey

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top