Chef Wan turut bersimpati di atas misteri kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan seluruh dunia.

Masih lagi menggunakan medium yang sama di akaun Instagramnya, Chef Wan, meluahkan rasa sedih apabila salah seorang krew penerbangan MH370 yang dikenalinya, Rainhasnan, turut menjadi mangsa kepada peristiwa malang itu.

Menurut Chef Wan, dia mengenali kru berkenaan kerana kerap kali ke luar negara atas urusan kerja. Malah pernah bersapa mesra dengannya.


Mendoakan yang terbaik, Chef Wan, juga berharap agar keluarga Rainhasnan terus bersabar dan berdoa supaya mendapat kekuatan.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, jam 6.30 pagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top