Jessica Alba ketagih perabot terpakai

Walau dilimpahi kemewahan selain mampu mendapatkan barangan serba baharu, Jessica Alba, 32, tetap menyenangi perabot terpakai hingga berasakan kecenderungan itu sebagai ketagihan pelik.

Selain membeli perabot menerusi laman web kesukaannya, aktres ini juga mempunyai ketagihan kepada jaringan sosial Instagram.


"Saya sangat menyukai perabot lama. Baru-baru ini, saya membeli meja rona merah jambu cerah daripada laman web. Saya tidak mampu menahan diri selepas melihat aneka iklan menarik," katanya.

Kongsi di Instagram

Bukan itu saja, jualan murah hanya satu alasan untuknya berada di hadapan gajet atau komputer berjam-jam, malah masanya juga banyak dihabiskan untuk berkongsi gambar di Instagram.

Apa pun, kerdipan glamor sebagai pelakon tidak pernah membuatkan ibu kepada dua anak kecil itu jauh daripada teman lamanya kerana hingga kini beliau lebih senang membiarkan keluarganya menjalani kehidupan biasa bersama mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top