5 finalis ke konsert akhir Idola Kecil musim ke-6
Tinggal lima sahaja finalis yang mara ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara Idola Kecil musim keenam.
Dan pastinya tanggungjawab Aby (Aby Norlila Kamaruddin, 12), Aleeya (Nor Alleeya Nor Edwan, 12), Dani (Ammierul Daneal Eddy Noor, 12), Danial (Danial Cheur Hamasiah 12), dan Eeqah Shafiqah Amira Bt Sukor, 12), semakin berat kerana perlu memberikan persembahan terbaik di konsert akhir.
Inilah peluang keemasan untuk mereka menonjolkan kreativiti mereka di hadapan juri terutamanya kepada penyokong dan keluarga tersayang yang banyak menyuntik semangat mereka selama enam minggu bersiaran.
Pada minggu lalu, peserta cilik ini memberikan persembahan cemerlang dengan cabaran tema Akustik Stailista di mana mereka membawakan lagu-lagu daripada penyanyi terkenal yang sinonim dengan program Stailista Unplugged TV9, iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Alyah, Shila Amzah dan Najwa Latif.
Untuk menghangatkan minggu Akustik Stailista, peserta memulakan pentas Idola Kecil 6 melalui lagu Kosong, Realiti Dewi, Aku Cinta Padamu dan Patah Seribu yang dibawakan secara medley.
Danial Cheur dipilih sebagai pelajar terbaik bagi minggu lalu berpeluang mendalami muzik dengan AG Coco selepas program realiti Idola Kecil musim keenam ini selesai.
Suasana minggu lalu tambah meriah dengan kehadiran juri jemputan istimewa merupakan ikon Stailista negara, Alyah dan Mizz Nina di samping juri tetap, Tomok.
Bersediakah mereka untuk menempuhi hari paling mendebarkan ini? Sudah semestinya kerana mereka bukan sahaja mendapat sokongan daripada peminat dan ahli keluarga, malah tiga tenaga pengajar iaitu Tomok (juri tetap), AG Coco (pengarah muzik), Cikgu Delly (guru vokal) dan Fuzzwayne (guru tari).
Jangan lupa saksikan konsert akhir Idola Kecil pada 28 Disember, jam 8.30 malam di TV9!

0 ulasan:
Catat Ulasan