Kematian Paul Walker (Fast And The Furious) 

Universal Pictures yang menerbitkan filem Fast And The Furious terkejut pelakon utamanya Paul Walker meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Dailymail, pemergian Walker benar-benar dirasai memandangkan aktor itu telah bekerjasama dengan produksi tersebut sejak 14 tahun lalu.

"Kami semua di Universal benar-benar sedih dengan kehilangan Walker dan tidak sangka mendiang pergi secepat ini.

"Kami mengucapkan takziah kepada pihak keluarganya," kata Universal menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan mereka pada Ahad.


Walker masih lagi belum menamatkan kontrak dengan pihak Universal, malah penggambaran filem Fast And The Furious masih lagi belum selesai.

Walker, 40, duduk di bahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan sehingga mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.

Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top