Isu Skandal Adi Putra

Isteri seorang ahli perniagaan dari Johor Bahru, Nooraida Abdul Mutalib, 30, yang didakwa menjalin skandal dengan pelakon Adi Putra, mengaku teruja dengan aktor tersebut.

Nooraida memberitahu kepada media, dia teruja apabila menerima kiriman balas menerusi aplikasi Whatsapp daripada seorang lelaki yang dipercayai Adi Putra.

“Sebagai peminat, apabila dia membalas kiriman tersebut sudah tentu saya teruja. Saya mengaku menghantar pesanan kepada dia (lelaki yang dipercayai Adi Putra) terlebih dahulu, tetapi ia hanya sekadar ucapan selamat kerana tahu dia mahu berangkat ke Tanah Suci Mekah, mengerjakan umrah.

“Selepas beberapa lama berbalas mesej, saya mengaku termakan pujuk rayu sehingga turut menghantar beberapa keping foto ‘selfie’ kepada lelaki itu, tetapi bukan foto bogel,” katanya.

Apabila ditanya pihak media mengenai reaksinya ketika pertama kali menerima foto lucah daripada lelaki yang dipercayai pelakon KL Gangster itu, Nooraida berkata, dia agak terkejut dan menganggap perkara itu agak keterlaluan.

“Ya, saya melayan dia kerana saya ingin tahu adakah itu benar-benar dia…tetapi mengambil keputusan untuk berhenti selepas menyedari perkara ini tak betul…Tapi dia masih memujuk saya dengan kata-kata manis…dia seorang yang romantik.

“Selepas suami mengetahui tentang hal itu, saya berterus-terang kepada beliau dan menunjukkan kesemua kiriman Whatsapp daripada lelaki terbabit yang tidak sudah-sudah mengganggu walaupun saya sudah berhenti melayan dia,” katanya berhati-hati menjawab soalan.

Sehubungan itu pihak media turut bertanya jika kes ini dipanjangkan atau dibuka semula, kemungkinan akan mendatangkan aib kepada dia dan suami.

Namun dengan tenang Nooraida menjawab dia dan suami tidak berniat untuk membuka pekung sendiri atau aib mana-mana pihak, cuma mahu menegakkan kebenaran dan membersihkan nama dan maruah yang sudah tercalar.

“Sebelum ini suami saya pernah hubungi dia (lelaki yang dipercayai Adi Putra) untuk berunding dan menyelesaikan perkara ini secara damai tanpa melibatkan mana-mana pihak, namun selepas dua minggu dia masih tidak berjumpa suami..Dan, selepas itu barulah kami buat laporan polis,” ujarnya.

Perkara tersebut turut diakui suami Nooraida, Amiruddin Osman.

Isu Skandal Adi Putra

“Perkara ini dah besar dan diketahui umum…Apabila difikirkan kembali apa salahnya jika kami ingin meneruskan siasatan kerana jelas keputusan sebelum ini terdapat elemen-elemen meragukan dan berat sebelah.

“Tiada sesiapa mahu diaibkan, tapi sehingga hari ini selepas empat bulan dia masih tidak datang berjumpa saya meskipun sudah diajak secara baik.

“Kesabaran saya ada had dan rasanya inilah jalan yang terbaik, iaitu mengusulkan supaya kes sebelum ini dilihat semula,” katanya mengakhiri perbualan.

~ Astro gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top