Pelakon Zain Saidin dan isteri, Rozita Che Wan (Che Ta) memilih Eropah sebagai lokasi bebulan madu.

Menurut Che Ta, mereka akan bertolak dua hari selepas majlis persandingan yang akan berlangsung pada Jumaat.

“Kami akan berbulan madu di Eropah, InshaAllah kalau tiada apa-apa halangan, dua hari selepas majlis persandingan kami akan terbang ke sana. Saya suka tempat bulan madu itu kerana bagi saya ianya sangat romantik…
Zain dan Che Ta berbulan madu di Eropah

“Kami akan bercuti selama 19 hari dan akan menggunakan masa itu dengan sebaiknya untuk berbulan madu kerana selepas ini, masing-masing akan sibuk dengan kerja.” ujarnya ketika ditemui pada majlis akad nikah.

Selain itu, Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain Mohd Saidin memberitahu soal cahaya mata adalah ketentuan ilahi dan rezeki.

“Saya tidak kisah…saya serahkan semuanya pada ketentuan ilahi…kalau ada rezeki kami mahu dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan...

“Tetapi saya tidak kisah, rezeki di tangan tuhan… InshaAllah, ada rezeki maka adalah.” ujarnya mengakhiri perbualan.

Dengan sekali lafaz, tepat jam 9.03 malam, Rozita sah menjadi isteri Zain dan telah menerima  mas kahwin sebanyak RM9300 dan wang hantaran berjumlah RM23,300.

Majlis nikah telah berlangsung di Setia City Conventin Center.

Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan ‘Black Tie’ ditempat yang sama pada 13 Disember ini.

Astro Ria merupakan penyiar rasmi majlis pernikahan pasangan selebriti itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top