Hubungan dingin Johan dan Zizan Razak (Jozan) sibuk diperkatakan. Sejak dua tahun lalu, ada sahaja kisah tidak enak tentang mereka.

Selain tidak sehaluan, mereka juga juga dikatakan sering bermasam muka dan enggan bekerjasama.

Lebih menguatkan dakwaan apabila mereka menolak menyertai program komedi popular, Maharaja Lawak Mega, pada musim ini.

Meskipun baik Johan mahupun Zizan sudah pun menafikan dakwaan tersebut, ia bagaimanapun tidak dapat menghentikan spekulasi yang melanda hubungan mereka.

Kesal dengan situasi itu, isteri Johan yang juga merangkap pengurus peribadi pelakon komedi itu, Rozlinawaty Ismail, 31, atau lebih dikenali sebagai Ozlyn Wati, tampil bersuara dan mendedahkan bahawa hubungan suaminya dengan Zizan Razak masih seperti dulu.

"Memang ada kalanya mereka kurang sependapat, tetapi mereka tidak pernah ambil hati antara satu sama lain dan sekiranya ada masalah mereka akan selesaikan secara baik.

"Jika ada waktu terluang, mereka akan berjumpa. Susah senang tetap bersama. Tetapi sekarang ni masing-masing agak sibuk dan jarang dapat bertemu," kata Ozlyn yang sering memberikan sokongan kepada suaminya.

Jelas Ozyln, dia dan Johan ada kalanya rimas dengan gosip yang tiada kesudahan itu. Bagaimanapun, sebagai isteri, dia sentiasa memberikan sokongan kepada Johan.

“Saya tahu siapa yang buat cerita ini. Dia juga merupakan seorang dari kawan yang saya kenali. Tak perlulah dia mencanangkan lagi perkara yang tidak betul.

"Saya nasihatkan dia supaya buka hati dan bersikap lebih profesional. Jangan cakap belakang, benda tu tak bagus, hentikan tuduhan dan fitnah,” tegasnya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata  ini turut menafikan dakwaan mengatakan dia terlalu selektif dan mengawal karier suaminya.

Menurut Ozlyn, dia punya prinsip tersendiri bagi memastikan Johan masih mengekalkan nilai eksklusifnya sebagai artis agar dapat bertahan lama dalam industri seni.

“Banyak permintaan untuk Johan, tapi saya tak 'kaut' semuanya. Saya bimbang kita tak dapat buat yang terbaik hanya untuk mengejar wang.

"Lagipun, saya dan Johan sudah bersetuju, jam 10 malam mesti berada di rumah demi meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya.

~ SH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top