Kekasih Izara Aishah letakkan syarat setelah berkahwin

Pelakon Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga.

Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.


"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya.

Kata Izara, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga.

Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.

"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan. ~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top