Sinopsis Antara Laut China Selatan
Antara Laut China Selatan mengisahkan cinta pemuda Semenanjung dengan gadis Iban.
Saksikan babak menarik yang mengangkat kisah persahabatan di antara Wan Man dengan Mayong sejak kanak-kanak lagi.
Disebabkan masalah kewangan, Mayong terpaksa meninggalkan Wan Man mengikut keluarganya kembali ke Sabah, tanah tumpah darahnya.
Selepas 18 tahun, Wan Man sukar melupakan kisah silamnya dengan Mayong dan pada masa sama mempunyai teman baik iaitu Siti Zubaidah.
Dalam diam sebenarnya Siti Zubaidah menyimpan perasaan terhadap Wan Man, namun segalanya berjaya disembunyikan daripada pengetahuan pemuda itu.
Disebabkan terlalu setia terhadap Mayong, Wan Man tidak pernah menyukai gadis lain selain daripada gadis Sabah itu.
Satu hari, Zaini memberikan cadangan supaya Wan Man mencari semula Mayong di Internet dan berjaya menjejaki Mayong lantas mula menghantar e-mel kepada gadis itu.
E-mel Wan Man sampai ke Mayong dan gadis itu begitu gembira apabila membacanya kerana dia juga sebenarnya merindui pemuda itu.
Hubungan cinta mula terbina di antara mereka walaupun hakikatnya Mayong menukar identiti dirinya dengan Lisa, adik perempuannya.
Mayong takut Wan Man tidak dapat menerima dirinya yang kini yang cacat kedua-dua belah kaki akibat kemalangan jalan raya.
Wan Man sanggup mengumpul wang bagi menampung perbelanjaannya ke Sabah untuk menemui kekasih hatinya itu.
Mayong gelisah ketika Wan Man yang sudah tiba di Sabah memberitahu mahu berjumpa dan terpaksa meminta Lisa berlakon menjadi `dirinya'. Sepanjang masa Wan Man menghabiskan masa dengan Lisa dan lelaki itu dapat merasakan kejanggalan di antara mereka kerana Mayong di depannya berbeza dengan wanita yang pernah dikenalinya dulu.
Lisa pada masa sama memperkenalkan Mayong yang sebenar sebagai saudara terdekatnya.
Konflik berlaku apabila rahsia mereka terbongkar dan Wan Man terkejut, namun menerima dengan hati terbuka kekurangan Mayong yang sebenar dan hubungan mereka jadi rapat.
Masalah timbul apabila sepupu Mayong iaitu Balai pulang ke kampung dan mahu mengahwini Mayong tanpa mengetahui kehadiran Wan Man.
Lisa kemudian berkomplot dengan Balai mahu mengusir Wan Man, sekali gus menyatukan lelaki itu dengan Mayong supaya dia dapat menjalin hubungan semula dengan Wan Man.
Mereka menimbulkan fitnah yang membuatkan orang di rumah panjang memandang serong terhadap Wan Man menyebabkan lelaki itu kecewa lalu memutuskan pulang ke Semenanjung.
Di semenanjung, Wan Man dipaksa oleh ibunya supaya menikahi Siti Zubaidah yang banyak membantunya semasa ketiadaan Wan Man, namun lelaki itu bertegas cintanya hanya untuk Mayong.
Simpati dengan Wan Man, Siti Zubaidah nekad ke Sabah mahu menyatukan teman baiknya itu dengan Mayong, tetapi terkejut dengan berita pernikahan yang bakal berlangsung di antara wanita itu dengan Balai.
Berjayakah Siti Zubaidah menghalang pernikahan paksa itu daripada terjadi? Saksikan kesudahan drama mengenai persahabatan, percintaan dan kekeluargaan ini di TV2.
Pelakon: Zizan Nin, Adeline Tsen, Jue Aziz dan Sabhi Sadhi
Drama sebanyak 26 episod disiarkan pada 25 Disember 2013, setiap Rabu, jam 9 malam di TV2.

0 ulasan:
Catat Ulasan