Penyanyi Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mengesahkan bakal bernikah dengan seorang pramugari, Puteri Erma Edlinda, 27, pada 20 Disember 2013.

Aril berkata dakwaan mengatakan dia mengelak daripada berkongsi perkembangan dan persiapan perkahwinannya dengan pramugari Saudi Arabian Airlines itu tercetus kerana salah faham susulan ketiadaannya di tanah air ketika berita dia bakal berkahwin tersebar baru-baru ini.

Aril AF7

Penyampai radio Era FM itu mula menjalin hubungan dengan pramugari berkenaan sekitar Mei lalu. Aril kemudian merisik Puteri Erma pada September lalu dan bakal disatukan sebagai suami isteri di kediaman gadis itu di Wakaf Che Yeh, Kelantan pada 20 Disember ini.

"Majlis nikah nanti saya akan buat kecil-kecilan saya untuk keluarga dan rakan-rakan rapat. Saya terpaksa buat majlis nikah nanti secara sederhana dan tertutup atas permintaan keluarga," katanya.

Aril memberitahu perkenalan singkat antara mereka tidak menghalang keputusan untuk berkahwin kerana dia percaya pada percintaan selepas berumahtangga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top