Lana Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari.

Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.

“Memang tak pernah.

“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.

“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya.

Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

Lana Nodin - Johan Asari

“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.

“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.

“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya. ~ SH


--------------

Lana berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi pada lamaran Johan, apatah lagi hubungan mereka baru berusia 36 hari.

"Saya beri ruang kepada Johan, saya nak melihat sejauh manakah kesungguhan dan janji manisnya, tapi hubungan kami hanya bertahan lebih sebulan. Johan sudah mengaku kalah dalam perjuangannya. Saya tidak kecewa, cuma terkejut dengan keputusan Johan. Dalam hati terdetik, inilah wajah sebenar Johan As'ari.

"Walaupun saya kerap kali mendengar kisah dan sikap Johan terhadap artis wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengannya, tapi saya tidak percaya. Apabila terkena pada batang hidung sendiri, barulah saya faham kenapa ada artis yang mengamuk dulu!

"Saya reda, Allah SWT mempertemukan insan begini ketika saya ingin berubah. Ini mungkin sebahagian ujian Allah SWT untuk saya. Tapi, saya nak berubah bukan kerana Johan. Walaupun hubungan kami putus, saya tetap mahu berubah ke arah kebaikan dan mencari lelaki beriman.

"Dulu, sebelum bertemu Johan pun saya sudah berjanji pada diri ingin berubah, tapi selepas itu, Tuhan mempertemukan saya dengan Johan. Saya ingat Johan dihantar untuk menguatkan semangat dan iltizam saya untuk berhijrah tapi sebenarnya tidak.

"Saya bagi ruang pada Johan untuk membuktikan janji manisnya tapi dari masa ke masa, saya melihat Johan lebih banyak berdolak-dalih selepas hubungan kami dihalang. Kadangkala saya keliru, betul ke cinta pandang pertama yang diungkap atau Johan gelojoh?

"Mujurlah, saya tidak terlalu taksub dengan kata cintanya, saya mahu melihat sejauh manakah kesungguhannya mahu memperisterikan saya.

"Bagi saya, tidak mendapat restu hanya sekadar alasan. Jika Johan ikhlas mahu memperisterikan saya tentunya dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan ini, terutama merapatkan saya dengan keluarganya.

"Kalau benar saya cinta pandang pertama Johan, dia tidak perlu terburu- buru, banyak lagi masa untuk memperbaiki dan memujuk hati keluarganya, tapi Johan nampaknya sudah menyerah kalah.

"Jujurnya, saya tidak terkejut dengan keputusan Johan kerana saya melihat, Johan tiada usaha langsung untuk merapatkan saya dengan keluarganya, bawa bertemu pun tidak pernah.

"Kalau nak ambil hati keluarga bukan dalam masa sebulan dua, tapi kita kenalah sabar, mungkin ambil masa berbulan-bulan. Saya ingat Johan ada usaha dan kesungguhan tapi baru 36 hari, dia sudah putus asa.

"Apa yang dapat saya katakan, saya semakin kenal insan bernama Johan As'ari. Nasihat saya, berfikirlah sebelum bercakap. Jangan mempermainkan hati dan perasaan orang, apatah lagi membabitkan maruah dan aib seseorang," katanya tenang, reda dengan apa yang berlaku.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top