Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaini Handiyani, menerima pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-83 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.
Pengiktirafan itu sekali gus menjadikan pelantun Ayat- Ayat Cinta itu sebagai artis pertama dari Seberang yang menerima gelaran tersebut.
Malah akui Rossa, berita itu turut memberi kejutan buat seluruh peminat serta media di sana.
"Ramai yang bertanya saya mengenai gelaran itu. Jadi setiap kali bertemu media dan peminat, saya harus menjelaskan kepada mereka.
"Saya sempat berseloroh, gelaran 'Datuk' itu sama seperti penyanyi kesayangan mereka 'Datuk Siti Nurhaliza' dan juga 'Datuk Shiela Majid'.
"Ternyata mereka memang terkejut kerana dalam ramai- ramai penyanyi Indonesia yang mencipta nama di sini, saya yang dipilih menerima anugerah ini," kata penyanyi yang berasal dari Sumendang, Indonesia ini.
Turut menyandang gelaran kebangsawanan di negara kelahirannya, 'Kanjeng Masayu Tumenggung' dari Keraton Surakarta pada tahun 2011, Rossa meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana usaha dan pengorbanannya berulangalik dari Indonesia-Malaysia membawa kejayaan yang besar terhadap karier seninya.
“Semua ini adalah rezeki kurniaan ALLAH SWT dan saya gembira kerana dipilih untuk menerima anugerah ini.
“Ini merupakan pengiktirafan tertinggi dalam hidup yang pernah diberikan kepada saya dan saya amat gembira,” kata penyanyi yang berusia 35 tahun ini.
Menyifatkan Malaysia sebagai rumah keduanya, Rossa berazam untuk terus memberi sumbangan dalam industri muzik di negara ini lebih-lebih lagi di negeri Pahang.
“Insya-ALLAH saya akan cuba menguatkan lagi hubungan Indonesia-Malaysia dengan pelbagai agenda muzik selepas ini. Pengiktirafan ini membuatkan saya lebih semangat untuk meneruskan karier dan memperkaya muzik di peringkat Asia,” katanya yang merupakan salah seorang daripada 46 penerima gelaran tersebut.
Pilih ahli perniagaan
Tidak terlepas dari kisah peribadinya, bekas isteri kepada pemain drum kumpulan Padi, Yoyo, ini mengakui sedang berteman dengan seorang ahli perniagaan.
Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya, Rossa bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai ahli perniagaan yang dikatakan sedang bertakhta di hatinya itu.
“Saya tak mahu mengulas lanjut, biarlah saya merahsiakannya dulu. Pada masa ini saya masih selesa untuk berkawan sahaja,” katanya yang tidak meletakkan sebarang syarat menjalinkan hubungan dengan mana-mana jejaka termasuk yang berasal dari Malaysia.
Menurut Rossa, jejaka itu harus menyayangi dan memahaminya memandangkan dia juga mempunyai anak iaitu Rizky juga perlu diberikan lebih perhatian.
"Saya tidak serik untuk kembali berumah tangga. Tapi saya tidak mahu terburu-buru ke arah itu.
"Saya juga tidak mahu terlalu mencanangkan kisah cinta kami. Cukuplah sekadar saya mengaku hati sudah berpunya. “Kita tunggu "Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan maklumkan pada semua," katanya ~ SH

0 ulasan:
Catat Ulasan