Pelakon Amyza lepas geram

Manusia biadap! Aku gugur ko ckp karma. karma apa? Aku kurus ada job ko gemok xde job salah aku ke? hati ko tu yg kotor sbb tu job serik

Get losttttttttttttt!! Biadap! Aku gugur ni x kena mngena dgn karma kau!!! Jgn nk kaitkan miscarriage aku dgn dosa kau yg tuduh org santau ko

Itu adalah antara status dimuatnaik pelakon dan pengacara, Amyza Aznan di laman sosial Instagram dan Twitternya baru-baru ini. Daripada kata-kata itu, mungkin peminat dapat mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkannya.

Perkataan 'gemuk tidak mendapat tawaran' dan 'menuduh orang santau engkau' membuatkan media dan peminat membuat telahan artis yang dimaksudkan berselisih faham dengannya itu adalah rakan baiknya, Enot dan juga pelakon popular, Didie Alias.

Sebelum ini mereka turut dilaporkan berselisih faham ekoran dakwaan Didie melakukan santau terhadapnya. Memandangkan seorang lagi pelakon, Enot turut bersahabat baik dengan Didie menyebabkan namanya turut diheret sama. Sebelum ini Enot sendiri pernah memberi kenyataan kebelakangan ini dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Ruangan Ping! minggu ini cuba mendapatkan penjelasan Amyza, mengapa dia menggunakan laman sosial untuk melepaskan geramnya kerana ia turut dibaca peminat.

Kata Amyza, dia bukan sengaja mencari gaduh atau mengeruhkan keadaan, tetapi cercaan dibuat seorang kenalan artis semata-mata mahu melepaskan dendam terbuku di hati menyebabkan dirinya membalas kenyataan dibuat.

Tegas Amyza, ia tiada kaitan dengan Didie mahupun Enot. Malah sebaliknya apa yang berlaku kenalan artis yang menyerang dan mencercanya itu sekali lagi cuba memecah-belahkan persahabatan yang terjalin terhadap mereka bertiga.

"Ia langsung tiada kena mengena dengan Didie mahupun Enot, tetapi saya risau khabarnya artis itu sudah berbaik dengan Didie dan Enot. Dia cuba menghasut mereka untuk membenci saya.

"Harapnya perkara itu tidak berlaku kerana sebaik keluar dari hospital kerana keguguran, saya belum sempat bertemu dengan mereka berdua dan menerangkan perkara ini," katanya.

Amyza sedia menjelaskan perkara sebenar supaya tidak timbul salah faham terhadap Didie, Enot dan peminat. Dia bersedia menceritakan kronologi peristiwa dari awal agar semua pihak mengerti dan tidak mengaitkan kenyataan yang diberikan itu dengan dua rakan baiknya itu. Bagaimana, Amyza enggan mendedahkan nama rakan artis dimaksudkan.

"Sebenarnya artis itu datang mengadu kepada saya yang dia terkena santau. Saya tanya kepadanya akan simtom santau dialami kerana waktu sama saya juga tidak sihat. Selepas mendapati keadaan diceritakan itu sama seperti saya alami, dia terus menyatakan saya juga di santau.

"Selang beberapa hari dia datang dan memberitahu sudah pergi berubat dan katanya bomoh yang ditemui mengatakan dia disantau dan orang yang melakukannya Didie Alias. Dia juga mengatakan saya turut menerima santau Didie. Kata-katanya itu membuatkan saya terpengaruh dan timbul berselisih faham antara kami ketika itu," katanya.

Namun tidak mahu persengketaan antara rakan baik berpanjangan. Amyza dan Didie mengambil keputusan untuk menjernihkan keadaan dan mendapatkan kepastian. Selepas bercerita dari hati ke hati, akhirnya mereka mendapat tahu sebenarnya artis itu memang sengaja mahu melaga-lagakan mereka.

"Begitupun kami memaafkan dia kerana tidak mahu bergaduh dan bermasam muka. Industri hiburan kita ini kecil. Mana pergi pasti akan bertemu. Saya beritahu kepadanya bahawa kami sudah berbaik dan tuduhan di buat itu tidak benar. Tetapi artis itu tidak berpuas hati dan mengatakan saya mudah mempercayai orang.

"Waktu sama, dia terus memburukkan Didie dan saya beberapa kali memujuk agar dia memohon maaf kerana apa yang dikatakan itu tidak benar. Apa motif sebenar dia mencari gaduh dengan Didie, saya tidak pula tahu.

"Apabila setiap kali saya kata Didie tidak bersalah dan tidak akan memburukkan rakan-rakan sebegitu rupa, dia akan marah. Namun kerana sikap buruknya itu juga ramai rakan artis mula menjauhkan diri daripadanya," katanya.

Selepas peristiwa itu, Amyza turut menasihati artis itu bertemu Didie. Katanya, walaupun marah kerana diperlakukan sedemikian rupa tetapi Didie seorang rakan yang baik dan pemaaf.

"Dia sedia mendengar jika ada perkara yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati artis itu terhadap dirinya. Bagaimanapun, dia berdegil dan tetap dengan pendiriannya. Niat saya baik. Mahu mereka berbaik sebab kita pernah berkawan.

"Buat apa mahu bergaduh kerana selain dunia seni ini kecil, masing-masing sudah tua dan mempunyai anak. Takkan kita mahu bermasam muka sampai bila-bila. Ia sangat tidak bagus dan tidak sihat. Untuk berdengki antara satu sama lain pun tidak berguna kerana rezeki setiap antara kami sudah ditetapkan Allah," katanya.

Selepas artis itu tidak mahu mendengarkan nasihatnya, mereka mengambil keputusan untuk membiarkan saja. Ibarat kata pepatah, biarlah luncai terjun bersama labu-labunya. Malah Amyza turut menyedari artis itu memadam laman sosialnya yang diikutnya sebelum ini.

"Sudah lama kami tidak berhubungan. Pada saya jika itu kehendak hatinya biarlah. Asalkan jangan dia ganggu hidup saya sudah. Tetapi tidak sangka pula apabila saya memuat naik gambar di Instagram baru keluar hospital kerana keguguran, ia menjadi bahan untuk dia mengata dan menghina saya.

"Bayangkan sebagai manusia, kalau orang lain dalam kesakitan dan kesedihan pasti kita akan berikan kata-kata semangat dan mendoakan yang baik-baik tetapi tidak dia apabila menuduh musibah yang datang kerana saya bersalah dan berdosa kepadanya.

"Seingat saya tiada kesalahan terhadapnya malah cuba memulihkan hubungannya dengan rakan-rakan lain adalah," katanya.

Tegas Amyza, kalau ikutkan hati dia tidak mahu melayan kenyataan dan cercaan artis itu terhadapnya. Tetapi perkara itu berlaku kerana emosinya tidak stabil disebabkan keguguran. Dia menjadi sensitif dan mengikut perasaan. Disebabkan itu dia cuba menjawab cercaan rakan artis itu agar dia diam dan tidak lagi mengganggunya.


~Metro Ahad

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top