Tiada apa yang lebih meng gembi rakan hati seorang wanita selain daripada bergelar isteri dan ibu. Itu perasaan bersyukur tak terhingga dirasai pelakon Betty Banafe.
Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe kini sah bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya yang diberi nama Julia Claire Bruce seberat 2.95 kilogram di KPJ Damansara pada 1 Disember lalu.
Melalui pengalaman melahirkan anak secara normal, Betty berkata, dia sangat teruja dan tidak menyangka impiannya untuk bergelar ibu sudahpun menjadi kenyataan.
"Kehidupan saya kini sudah lengkap. Apatah lagi, kehadiran Julia sangat bermakna dalam kehidupan saya dan suami sebagai bukti lambang kasih sayang kami berdua.
"Apapun, Julia sebenarnya lahir tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.
Kalau diikutkan perkiraan dibuat doktor, Julia sepatutnya lahir pada 22 Disember ini.
"Namun, lebih penting kini saya dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Bahkan, Julia juga bayi yang sangat baik kerana dia senang dijaga dan tak banyak ragam.
"Selain itu, Bruce yang setia menemani saya juga banyak membantu. Apa lagi, jika Julia menangis atau tidak selesa pasti Bruce akan membelai dan mendukungnya dengan penuh kasih sayang," katanya.
Betty dan suami, Bruce Darghous Abdullah yang berdarah kacukan England dan Lubnan berkahwin pada 8 Disember tahun lalu dan kehadiran Julia disifatkan mereka sebagai hadiah ulang tahun pertama paling bermakna.
Berkongsi pengalamannya sepanjang mengalami proses melahirkan anak, Betty berkata, semuanya tak dijangka dan ia berlaku sangat pantas.
Katanya, dia tak sedar air ketuban pecah itu adalah petanda akan melahirkan anak.
"Sebagai pengalaman pertama, ia boleh juga dianggap satu kejutan.
Apatah lagi, situasi air ketuban pecah itu berlaku di rumah dan saya pula tidak merasakan sebarang kesakitan.
"Seingat saya, air ketuban pecah jam 11 malam, Sabtu lalu. Walaupun tenang dan keadaan terkawal, tetapi suami saya sangat bimbang dan kami membuat keputusan terus ke hospital.
"Sampai saja di hospital saya dimasukkan ke bilik bersalin kerana bukaan sudah tiga sentimeter.
Menjelang jam 7 pagi, saya sudah selamat melahirkan Julia secara normal," katanya.
Kisah Betty sepanjang proses kehamilan serta menghitung hari bergelar ibu akan dapat disaksikan penonton di saluran Astro Ria dan Maya HD menerusi program realiti TV baru, Baby Boo mulai 22 Disember ini.
Mengakui masih banyak perlu dipelajarinya, Betty berkata, pembabitan dia dan suami dalam program Baby Boo itu diyakini dapat membantu mereka memperoleh pelbagai maklumat penting mengenai pengurusan bayi.
Sebanyak 13 episod, program ini juga menampilkan kisah seorang lagi selebriti tanah air iaitu penyampai radio terkenal, Nana Mahazan, 31, yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki juga anak keduanya di hospital sama, kelmarin.
Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan yang mendirikan rumah tangga dengan Raqeem Brian Abdullah dijangkakan melahirkan anak pada 17 Disember ini. ~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan