Ultra FM lebih santai
Satu stesen baru diperkenalkan kepada penggiat seni dan penggemar muzik tempatan.
Dikenali dengan nama Ultra FM yang berfrekuensi melalui gelombang 101.3FM sudah beroperasi untuk pendengar sekitar Lembah Klang dan Selangor sejak lapan bulan lalu.
Setakat ini, Ultra FM dikemudi oleh lima selebriti tanah air yang diberi peluang menjadi penyampai radio iaitu Jimmy Shanley, Mon Ryanti, Mamat Sepah, Sharifah Shahira dan pendatang baru Fizi.
Pengurus Saluran Ultra FM, Mira Sakhia Shamsuddin berkata, pemilihan mereka dibuat bersandarkan komitmen, pengalaman dan kemampuan mereka untuk menghiburkan pendengar.
"Selaku stesen radio baru, pembabitan beberapa selebriti sebagai penyampai radio di Ultra FM secara tidak langsung membantu menarik perhatian pendengar untuk memilih saluran kami.
"Sesuai didengari semua lapisan masyarakat, Ultra FM menggunakan pendekatan santai yang cukup dekat dengan pendengar radio.
Umpamanya, pemilihan Jimmy dan Mamat untuk kendalikan segmen Ultra 6-10 yang ke udara setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
"Menerusi segmen ini, pendengar bukan saja dihidangkan dengan celoteh pagi yang menghiburkan, malah pada masa sama turut diberikan pendedahan terkini mengenai isu semasa," katanya.
Mira berkata, semua penyampai radio Ultra FM memiliki kelebihan masing- masing dalam menyampaikan hiburan kepada pendengar stesen itu.
Katanya, pemilihan pelakon Mon Ryanti untuk mengendalikan segmen Ultra 10-3 (dari jam 10 pagi hingga 3 petang) pula bersesuaian dengan karakter dirinya yang bijak melayani pendengar, mudah mesra dan peramah.
"Mon Ryanti pada saya seorang gadis yang menonjolkan perwatakan dirinya sebenar. Dia tidak pernah cuba menjadi orang lain sebaliknya dia mampu melayani pendengar Ultra FM menerusi slot Cerita Rasa yang dikendalikannya dengan cara tersendiri.
"Begitu juga dengan Sharifah Shahira yang kelakar dan bersahaja melayani pendengar melalui segmen kendaliannya Ultra 3-8 (dari jam 3 petang hingga 8 malam). Setakat ini, Sharifah Shahira memang tak menghampakan saya kerana dia seorang yang cukup kreatif dan boleh membincangkan apa saja topik kepada pendengar," katanya.
Mengulas mengenai orang baru seperti Fizi, Mira berkata, dia tertarik untuk memberikan peluang kepada pemuda itu untuk menyertai keluarga Ultra FM kerana Fizi memiliki kekuatan lontaran suara yang bagus di konti radio.
"Apatah lagi Fizi juga ada pengalaman menyertai beberapa program pencarian bakat seperti Pilih Kasih di RTM dan On Air disiarkan Astro. Mengendalikan segmen Ultra 8-1 bermula dari jam 8 malam hingga 1 pagi, Fizi akan memberi peluang kepada pendengar memilih lagulagu baru yang diketengahkan.
"Dalam segmen ini, kami sebenarnya cuba membuka peluang kepada penyanyi-penyanyi baru atau sedia ada yang muncul dengan single terkini untuk diketengahkan kepada pendengar. Jadi, terpulanglah kepada pendengar untuk menilai single dihasilkan itu," katanya.
Mengulas pula mengenai sambutan pendengar, Mira berkata sangat menggalakkan dan dia amat berterima kasih kepada pendengar yang sedia memberikan sokongan mereka kepada Ultra FM.
Menampilkan konsep yang pelbagai dari segi muzik yang disajikan kepada pendengar, Ultra FM berusaha memenuhi cita rasa semua golongan merangkumi peminat muzik lama, baru, dangdut, malar segar (evergreen) yang bersesuaian matlamat Ultra FM mencintai segala genre muzik.
~ HM

0 ulasan:
Catat Ulasan