Johan As'ari tiada niat permain perasaan Lana
Cinta datang tidak diundang, pergi tidak diusir' - Itulah ungkapan pelakon Johan As'ari, 27, apabila mengulas hubungan cintanya dengan Lana Nordin, 34, yang hanya bertahan selama 36 hari.
Johan sebelum ini pernah mengejut industri hiburan dengan pengakuan mahu melamar Lana sebagai suri hidupnya selepas tiga hari bertemu. Johan mengakui jatuh cinta pandang pertama apabila bertemu dalam satu majlis pada 18 November lalu.
Bagaimanapun, selepas pendedahan mengenai isi hatinya mahu memperisterikan Lana, hubungan mereka mendapat tentangan keluarga Johan. Biarpun dilihat cuba mempertahankan cintanya, Johan akhirnya terpaksa akur dengan perpisahan selepas keluarganya tetap menolak pilihan hatinya itu.
Johan sekali lagi menggemparkan industri hiburan apabila membuat pengakuan memutuskan hubungan dengan Lana pada Isnin lalu. Berita berkenaan dilaporkan media pada Rabu lalu.
Johan berkata, dia tidak terlintas mahu mempermainkan perasaan Lana, hatinya tetap menyayangi Lana setulusnya. Cuma, dirinya kini tersepit antara pilihan hati dan keluarga.
"Mungkin inilah dikatakan takdir. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah SWT menentukan. Saya akui, saya silap percaturan. Saya terlalu terburu- buru membuat keputusan tanpa bertanya dan mendapat restu keluarga terlebih dulu.
"Saya tidak menyangka, keluarga menolak pilihan hati. Bagi saya, Lana, seorang yang baik dan tulus mencintai saya, tapi apakan daya, mungkin tiada jodoh antara kami. Saya sebenarnya tidak mahu terus menyakiti hati keluarga, saya terlalu sayangkan keluarga saya.
Ibu jauh hati
"Keluarga adalah segala-galanya buat saya. Apabila saya menjalinkan hubungan dengan Lana, saya lihat keluarga terutama ibu seperti jauh hati dengan saya.
"Ibu tidak pernah buka mulut cakap menghalang hubungan kami, cuma ibu menasihati saya, soal nikah kahwin bukan perkara main-main. Dia minta saya banyak berzikir dan mendoakan saya mendapat jodoh yang baik. Ayah pula suruh saya mengamalkan ayat Al-Nas dan beriktikaf di masjid.
"Tapi, apa yang datang selepas itu, hanyalah halangan keluarga. Sebahagian besar keluarga saya bagaikan berat hati merestui hubungan saya dan Lana.
"Saya rasa bersalah teramat sangat kerana membuat ibu dan keluarga bersedih. Saya tahu ibu menitiskan air mata meluahkan isi hatinya pada anggota keluarga, itu membuatkan saya rasa lebih tidak tenang. Besar betul dosa saya membuatkan ibu menitiskan air mata!
"Kalau dulu, sebelum saya ke lokasi penggambaran, ibu akan menghantar saya ke pintu rumah atau kereta, tapi kini, tidak lagi. Ibu seolah-olah merajuk dengan saya, tapi dia tidak menunjukkan kemarahannya depan saya," katanya yang menangis ketika ditemui B*POP di Istana Budaya, Selasa lalu.
`Saya minta maaf'
Johan menjelaskan, walaupun pernah mengungkap Lana cinta adalah pandang pertamanya, tapi cinta tanpa restu keluarga juga akan menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cintanya pada ibu dan keluarga lebih berharga daripada segala-galanya.
"Saya hanya manusia biasa, sering melakukan kesilapan. Saya minta maaf. Walaupun apapun persepsi orang terhadap diri saya selepas ini, saya terima dengan hati terbuka. Saya memang sudah buat silap. Saya tidak kisah dikeji dan dicaci, asalkan keluarga masih bersama saya. Ibu dan keluarga lebih penting. Tapi, apa yang berlaku, mengajar saya sesuatu.
"Selepas ini, saya akan bawa bertemu keluarga mengenai pilihan hati saya terlebih dulu, sebelum membuat keputusan melamar atau berkahwin. Saya mahu belajar daripada kesilapan!" katanya.
Apabila diajukan pertanyaan kenapa tidak membawa Lana bertemu keluarganya, Johan berkata, dia tidak mahu terus melukakan hati keluarganya.
"Saya tahu mereka tidak merestui, jika saya bawa Lana bertemu mereka, saya bimbang hati saya, Lana dan keluarga akan bertambah terluka.
"Saya tahu keluarga saya macam mana, sudah 27 tahun saya membesar dengan mereka. Jadi, saya fikir hubungan tiada restu keluarga tiada kesudahannya. Walaupun terpaksa mengorbankan perasaan saya terhadap Lana, saya terpaksa akur dengan kehendak takdir.
"Bagaimanapun, jujurnya, saya bersyukur dengan keputusan ini. Saya meletakkan ibu dan keluarga saya di martabat yang tinggi.
"Sebelum ini, apabila bertemu ibu dan keluarga, saya dihimpit perasaan bersalah teramat sangat. Saya berharap pengorbanan saya ini dapat memulihkan hubungan saya dengan keluarga," katanya. ~ BM

0 ulasan:
Catat Ulasan