Perampas dan pengamal ilmu hitam, antara tohmahan yang dilemparkan kepada wanita ini. Segalanya timbul sejak berita lamaran aktor muda, Johan As'ari yang ingin memperisterikannya selepas tiga hari perkenalan mereka sampai ke pengetahuan umum.
Tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu amat menyakitkan dan buat pertama kalinya Lana terpanggil meluahkan perasaan.
"Adakah kerana imej saya yang dikatakan seksi dan gosip yang membabitkan nama saya dengan individu tertentu sebelum ini membuatkan orang ramai beranggapan wanita seperti saya tidak layak untuk berkahwin, dicintai dan mencintai atau hidup bahagia?
"Arif atau kenal benarkah mereka diri saya sebenar? Sehingga sewenang-wenangnya mereka melemparkan tuduhan seolah-olah saya tidak punya ibu dan ayah.
"Sebagai Muslim yang baik, mereka tidak akan menghina dan memfitnah orang lain. Tiga hari perkenalan dan Johan melamar saya kenapa hal ini tidak dilihat sebagai takdir Tuhan, mengapa pula perlu menuduh saya perampas dan menggunakan ilmu hitam?
"Tuduhan mereka itu mengguris perasaan saya, malah saya sedar betapa rendahnya orang memandang saya. Terima kasih kepada Johan kerana dia tidak menilai saya sedemikian rupa bahkan meletakkan maruah saya sebagai seorang wanita di tempat yang tinggi apabila dia mahu memperisterikan saya," katanya.
Bagi yang mengenali Lana, pasti setuju bahawa wanita ini tidak perlu menggunakan ilmu hitam untuk memikat lelaki kerana wajahnya yang manis, personaliti yang ceria serta susuk tubuh seksi miliknya bisa membuat sesiapa saja lelaki `turn on'. Malah, ramai wanita mencemburui aset tubuh dimiliki Lana.
Sebaliknya, pelbagai cerita kurang enak menyusuli sejak Johan membuat pengakuan melamar Lana menjadi isterinya selepas tiga hari perkenalan mereka.
Hasrat Johan memperisterikan Lana dalam tempoh singkat itu tanpa disangka menjadi tanda tanya atau perkara yang aneh bagi orang ramai.
"Terus terang saya sendiri pun terkejut lamaran Johan dan ada kalanya berasa seperti terburu-buru namun saya memandang hal itu dari sudut positif.
"Saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian dilamar Johan sebagai pertemuan baik ditetapkan buat kami," katanya.
Lana ketika dihubungi turut ditanya apa yang membuatkannya terbuka hati menerima lamaran Johan, sedangkan pemuda itu bukan saja tujuh tahun lebih muda daripadanya, malah barangkali tidak memiliki ciri lelaki yang pernah didampinginya sebelum ini.
"Ada orang tanya betul ke saya hendak kahwin dengan Johan kerana mereka sangka saya hanya mahu berkawan dengan lelaki kaya. Ini masalahnya dengan orang kita, mereka tidak tahu apa-apa dan pandai-pandai buat andaian.
"Saya sama saja seperti wanita lain, mahu mencari suami yang boleh membimbing saya kerana saya percaya harta kekayaan boleh dicari bersama-sama kalau pandai berusaha.
"Faktor usia juga bukan penghalang. Ini kerana dari segi ilmu agama khususnya, Johan lebih berpengetahuan dan diyakini mampu membimbing saya.
"Dalam hidup perlu ada perubahan dan saya mahu berubah menjadi wanita Muslim yang baik. Saya yakin dengan keputusan saya, tetapi masyarakat juga perlu memberikan peluang kepada mereka yang ingin berubah daripada terus-terusan menghukum," katanya.
Sementara itu, aktres Nabila Huda yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Johan, selain Shila Amzah sebelum ini, mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.
"Adalah tidak wajar untuk saya memberi sebarang komen dan mencampuri urusan mereka. Apapun sebagai rakan artis, saya mendoakan yang terbaik buat Johan dan Lana kerana kedua-duanya pun sahabat saya," katanya.
~ BH

0 ulasan:
Catat Ulasan