Album mini ‘Su Win Si by Soo Wincci'

Soo Wincci memilih tajuk album mini terbarunya sebagai Su Win Si untuk memudahkan semua peminat terutamanya yang berbangsa Melayu untuk menyebut namanya memandangkan sebelum ini ramai yang agak keliru mengenai sebutan namanya.

Mengandungi lima buah lagu antaranya ‘Terus Teranglah’ duet bersama Joe Flizzow, ‘Musim Asmara’, ‘Jangan Risau’ dan ‘Nombor 1’ di mana kesemuanya ditulis oleh Ajai, penyandang juara Miss World Malaysia 2008/2009 ini memberitahu menghadapi cabaran dari segi bahasa memandangkan ini merupakan album pertamanya berbahasa Melayu selepas menghasilkan empat album Mandarin sebelum ini.
“Cabaran utama saya ialah dari segi sebutan bahasa Melayu. Banyak perkataan Melayu yang saya tak dapat sebut dengan betul kerana pelat Cina saya terlalu pekat, apatah lagi saya baru saja balik dari Taiwan. Mujur abang Ajai sangat bijak dan dapat tukar lirik untuk menutup kekurangan saya,” ujar Wincci sambil memberitahu album ini dihasilkan sebagai hadiah buat peminat yang banyak menyokongnya selama ini.

Album ‘Su Win Si by Soo Wincci’ yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia akan menemui peminat pada 20 Disember 2013. Para peminat juga boleh memuat turun lagu-lagu terbaru Wincci di laman-laman Telco dan mengikuti perkembangan Wincci di Facebook, WincciFanPage serta Instagram dan Twitter@soowincci.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top