Zed Zaidi Dapat Tawaran Berlakon Selepas Jawatan Gugur

Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi terkejut kerana mula mendapat pelbagai tawaran berlakon selepas jawatannya gugur berkaitan kes mahkamah.

Dia tidak sangka masih lagi ada pihak yang sudi memberinya peluang berlakon memandangkan sebelum ini dia sering menolak tawaran kerana ingin memberi fokus terhadap Seniman.


"Sebelum ini saya sanggup berkorban menolak pelbagai tawaran lakonan demi membangunkan Seniman, kerana risau andai kata saya gagal memberi komitmen pada kerja lakonan.

"Bagaimanapun tidak sangka pula ada beberapa pihak sudi menawarkan saya berlakon semula sejak jawatan saya dibatalkan," katanya.

Bagaimanapun tambah Zed, buat masa ini, dia belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran kerana sibuk bersama beberapa rakan artis terlibat dalam misi bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang.

Katanya, dia akan memikirkan tawaran lakonan yang diberi pada tahun depan selepas selesai isu banjir.

"Sekarang ini saya bersama beberapa rakan artis terlibat dengan kerja-kerja berkumpulan membantu mangsa-mangsa banjir tanpa melibatkan persatuan. Buat masa ini mereka memerlukan bantuan orang ramai. Biarlah masalah ini selesai dahulu.

"Kemudian saya dah banyak masa dah, dan jika ada yang ingin panggil saya untuk berlakon, boleh saja," selorohnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top