Cristina Suzanne sebak dpt anugerah Pelakon Wanita Terbaik

Cristina Suzanne tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual oleh pihak  media sejurus selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat.

Cristina memberitahu dia tidak menyangka akan diiktiraf dalam anugerah tersohor ini apatah lagi saingannya dalam kategori tersebut ialah Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Nora Danish dan Jojo Goh.

“Apabila memikirkan balik perjalanan saya sebelum bergelar artis, itu yang membuatkan saya berasa sebak. Saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belajar tak pandai, bekerja di ‘cyber cafe’ dan pernah menjadi pelayan restoran. Saya mula masuk dalam industri seni selepas menjadi pramugari dan secara jujurnya saya memang tak pernah merancang untuk dapat kerja sebegini,” ujar Cristina sambil meluahkan rasa syukur dengan penerimaan masyarakat terhadap bakat lakonannya.

“Alhamdulillah orang dah mula nampak, suka dan iktiraf hasil kerja saja selama ini. Saya tak meletak harapan yang tinggi lebih-lebih lagi tercalon bersama empat orang yang dah lama dan juga nama besar. Ini kali pertama saya tercalon dan Alhamdulillah saya menang. Tiba-tiba, baru saya rasa diri saya seorang artis.

Sebelum ini saya tak rasa saya artis, namun sekarang apabila saya dah mula menjadi perhatian dan ada peminat yang nak ambil gambar bersama saya, baru saya sedar saya artis. Saya tidak menyangka saya akan berada di tahap sekarang. Janji orang gembira dengan hasil kerja saya, Alhamdulillah. Saya juga anggap semua ini rezeki dan menghadiahkan kemenangan ini kepada ibu saya,” ujar Christina.

Teraju utama filem KIL, Cristina Suzanne tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual oleh pihak  media sejurus selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Jumaat.

Cristina memberitahu dia tidak menyangka akan diiktiraf dalam anugerah tersohor ini apatah lagi saingannya dalam kategori tersebut ialah Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Nora Danish dan Jojo Goh.


“Apabila memikirkan balik perjalanan saya sebelum bergelar artis, itu yang membuatkan saya berasa sebak. Saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belajar tak pandai, bekerja di ‘cyber cafe’ dan pernah menjadi pelayan restoran. Saya mula masuk dalam industri seni selepas menjadi pramugari dan secara jujurnya saya memang tak pernah merancang untuk dapat kerja sebegini,” ujar Cristina sambil meluahkan rasa syukur dengan penerimaan masyarakat terhadap bakat lakonannya.

“Alhamdulillah orang dah mula nampak, suka dan iktiraf hasil kerja saja selama ini. Saya tak meletak harapan yang tinggi lebih-lebih lagi tercalon bersama empat orang yang dah lama dan juga nama besar. Ini kali pertama saya tercalon dan Alhamdulillah saya menang. Tiba-tiba, baru saya rasa diri saya seorang artis.

Sebelum ini saya tak rasa saya artis, namun sekarang apabila saya dah mula menjadi perhatian dan ada peminat yang nak ambil gambar bersama saya, baru saya sedar saya artis. Saya tidak menyangka saya akan berada di tahap sekarang. Janji orang gembira dengan hasil kerja saya, Alhamdulillah. Saya juga anggap semua ini rezeki dan menghadiahkan kemenangan ini kepada ibu saya,” ujar Christina. ~ Gua

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top