Stacy tak boleh berjauhan dengan anak, Bella Valentina
Pernah popular dengan lagu seperti Kasanova, Bosan dan Pelangi Senja, Stacy yang kini memiliki seorang anak angkat perempuan, Bella Valentina berusia satu tahun 10 bulan berkata, dia sangat bahagia menjadi seorang ibu.
Kata Stacy lagi, sambutan Krismas diraikan baru-baru ini juga sangat meriah dengan adanya Bella di sisi walaupun persiapan dibuat secara sederhana. Ujarnya, Bella amat bermakna dan sangat disayangi.
"Melihat Bella semakin membesar sekarang, saya sangat gembira. Malah, hubungan kami juga sangat rapat kerana sejak bayi hingga kini, kami selalu tidur bersama. Bahkan, tidak pernah sekali pun saya meninggalkan Bella.
"Termasuk juga, jika saya ada persembahan. Bella dengan ditemani ibu saya akan mengikut bersama ke majlis persembahan itu. Memang jujur dikatakan, saya tidak boleh berenggang atau berjauhan langsung dengan Bella," katanya.
Bercerita lanjut mengenai anak kecilnya itu, Stacy berkata melihatkan Bella semakin membesar kini dia sedar perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan kasih sayang.
Apapun, katanya, Bella adalah seorang kanak-kanak yang ceria, bijak dan mudah mesra dengan orang. Justeru, Stacy mengakui Bella adalah insan penting dalam hatinya dan penghibur pada setiap masa.
Menyentuh mengenai hubungan Bella dan Akim, penyanyi lagu Aku Stacy ini berkata sikap anaknya yang mudah mesra dan didekati itu membuatkan Bella juga rapat dengan Akim.
Menurut Stacy lagi, bukan dengan Akim saja tetapi dengan semua orang Bella ceria dan manja. Jadi, disebabkan itu Bella sangat disayangi serta disenangi sesiapa saja yang beramah mesra dengannya.

0 ulasan:
Catat Ulasan