Hero filem Budak Pailang, Aeril Zafrel berhasrat untuk mengundurkan diri daripada syarikat pengurusan artis dan produksi MIG bagi mengembangkan kerjaya lakonannya secara berdikari.

Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 24, berkata, dia mahu mencabar kemampuannya dengan menimba pengalaman bersama produksi lain selepas dua tahun berada di bawah pengurusan syarikat produksi itu.

Aeril Zafrel tetap aktif berlakon sejak “berhijrah” untuk menjadi lebih islamik beberapa bulan lalu.

"Saya mahu berdikari dan menimba pengalaman baru selepas ini. Saya hargai segala peluang diberikan MIG selama ini tetapi saya juga perlu berkembang.


"Kalau hendak menjadi pelakon yang baik kita perlu bekerja dengan pelbagai orang yang bagus,"

Keinginan tersebut bagaimanapun bukan disebabkan dia diabaikan atau berdepan konflik dengan syarikat berkenaan.

"Tiada sebarang isu atau masalah dengan pengurusan cuma sudah tiba masanya saya bergerak atas kaki sendiri.

"Malah, sebelum ini pun saya dan Ketua Pegawai Eksekutif MIG iaitu David Teo pernah berbincang mengenai hasrat ini. Beliau memberikan lampu hijau dengan syarat saya menyiapkan komitmen filem terakhir 99 Kali Rindu yang baru tamat penggambaran," jelasnya.

Aeril berkata, dia bimbang selepas menyedari kedudukannya yang berada pada zon selesa di bawah MIG selama dua tahun.

"Saya bimbang jika penonton akan mula jemu dengan kerja saya. Selama ini, saya kerap berlakon dengan orang-orang yang lebih kurang sama sahaja.Sebelum orang mulai bosan, lebih baik saya mencuba peluang baru dengan pihak lain walaupun prosesnya mungkin lebih mencabar dan berliku," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top