Tarikh baru FFM25 

Festival Filem Malaysia (FFM) ke-25 yang pada asalnya diadakan 30 Disember ini akhirnya ditunda ke tarikh baru.


Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak berkata, tarikh sebenar belum ditentukan, tetapi berkemungkinan akhir Januari atau awal Februari tahun depan.

Mengulas mengenai penundaan itu, kata Naguib, Finas terpaksa mencari tarikh baru kerana ramai penggiat seni tidak dapat memberikan komitmen pada tarikh asal yang dicadangkan.

Naguib juga tidak menganggap isu pertukaran tarikh menjejaskan kredibiliti FFM25.

Sebanyak 75 filem akan berentap dalam persaingan awal sebelum hanya lima calon terbaik setiap kategori dipilih dalam festival itu kelak. .....

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top