Sinopsis filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit 

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit  bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.

Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.

Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap 'hantu', sudah pulih sepenuhnya. Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.

Sinopsis Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?

Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

Pelakon Husin, Mon & Jin Pakai Toncit : Awie, Rashidi Ishak, Usop Wilcha, Azwan Annuar dan Nazari (anak Mamat Khalid).


Filem trilogi Kampung Pisang pertama, Zombie Kampung Pisang yang ditayangkan sekitar 2007, diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 dan terbaru, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit bakal mencetus fenomena baru bagi peminat pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini menampilkan elemen kejutan serta jenaka tersendiri yang menghiburkan.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top