Bunohan wakil Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke-55

Selepas menang filem terbaik di Anugerah Skrin lalu, filem Bunohan arahan Dain Said terus memburu pengiktirafan seterusnya.

Filem ini mewakili Malaysia dalam enam calon Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-55, 13 hingga 16 Disember ini.


Bunohan akan bersaing dengan lima filem yang tak kurang hebatnya iaitu Masquerade (Korea), I Wish (Jepun), Gangs of Wasseypur (India), Lore (Australia) dan Life Without Principle (Hong Kong).

Bukan itu saja, Dain turut tercalon dalam kategori Pengarah Terbaik, manakala pengarah sinematografinya, Jarin Pengpanich disenaraikan dalam kategori Sinematografi Terbaik.

Semoga ada rezeki untuk Dain dan Bunohan untuk meraih kemenangan dalam festival ini.

Jadual filem Bunohan Disember 2012
1-5 Dec: Luang Prabang Int'l Film Festival, Cambodia
1-5 Dec: Jogja NETPAC Film Festival, Indonesia
13-16 Dec: Asia Pacific Film Festival, Macau
20-26 Dec: Bangalore Int'l Film Festival, India

Facebook Bunohan
http://www.facebook.com/Bunohan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top