Sinopsis telefilem Ke Pintu Bahagia

Drama Ke Pintu Bahagia mengisahkan Raudah yang terpaksa menghantarnya anaknya, Iman ke pusat penjagaan kanak-kanak kerana terlalu sibuk bekerja. Di pusat penjagaan itu, Iman dijaga Dahlia. Namun, setiap kali Raudah mengambil Iman dari pusat penjagaan, terdapat kesan lebam pada badan Iman. Dahlia hanya memberi alasan kesan luka itu adalah akibat daripada terjatuh di bilik air.

Sementara itu, bekas suami Raudah, Azman amat merindui Iman. Lantas Azman pergi ke pusat penjagaan untuk bertemu Iman tanpa pengetahuan Raudah. Alangkah terkejutnya Azman apabila mendapati Iman dipukul Dahlia.


Apabila Azman memberitahu perkara itu kepada Raudah, bekas isterinya itu tidak mempercayainya dan meminta Azman supaya menjauhi Iman. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Iman diselamatkan daripada penderaan yang dilakukan seseorang yang mengalami tekanan perasaan? Saksikan telefilem yang pastinya menyentuh perasaan hasil buah tangan sutradara Murali Abdullah.

Pelakon Drama Ke Pintu Bahagia:  Fauziah Latiff, Nad Zainal, Fahrin Ahmad, Faizal Hussein dan Adik Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top