Sinopsis drama Erna Shuraya

Erna Shuraya mengisahkan mengenai seorang gadis licik bernama Erna (Tasha) yang suka melakukan penipuan dalam syarikat-syarikat besar.

Erna telah mengesan seorang hartawan Brunei bernama Hasrul (Shukri Mahari) yang ingin mencari rakan kongsi untuk memberikan idea dalam perniagaannya.


Selepas yakin bahawa Hasrul merupakan mangsa penipuannya, dia terus menjalankan misi ke Brunei untuk menggoda lelaki itu.

Bagaimanapun, Jalil (Sharin Bali), rakan karib Hasrul, telah mengesyaki sesuatu tentang Erna dan memintanya untuk memeriksa latar belakang wanita yang disukainya itu.

Hal tersebut membuatkan Erna lebih berjaga-jaga dengan memanggil rakan karibnya, Shuraya untuk mendapatkan bantuan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top