Sinopsis filem Sunti @ Facebook.com

Secara ringkasnya, Sunti @ Facebook.com mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi. Dia suka bertukar-tukar pasangan 'online' yang turut dibantu tiga lagi rakannya - Py, Adan dan Gel.

Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman fb. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial fb. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan fb mereka? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, nantikan tayangannya pada pertengahan 2013.

Sunti @ Facebook.com diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd (NSK). Sunti @ Facebook.com adalah filem arahan terbaru James Lee.

Filem Sunti @ Facebook.com

Pelakon filem Sunti @ Facebook.com
Semua pendukung watak utama dalam Sunti digalas pelakon muda seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top