Erra Art Club

Kehadiran Erra dalam acara Back To School With Staedtler cukup dirasakan peminat ciliknya. Ia menjadi aktiviti tahunan yang diatur kelabnya dengan diberi nama Erra Art Club.

Kelab yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu disertai kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga belasan tahun. Aktiviti yang dianjurkan termasuk permainan merangsang minda iaitu melukis, mewarna dan lawatan tempat menarik yang dilakukan setiap kali musim cuti sekolah.
"Saya tubuhkan kelab ini sejak kehadiran Aleesya dalam hidup saya. Sejak bergelar ibu, saya sering memikirkan bagaimana hendak mendidik anak dengan merangsangkan mindanya agar pemikirannya sentiasa cergas dan sihat.

 "Selain didikan akademik, aktiviti merangsang minda ini menjadikan kanak-kanak lebih kreatif pada masa akan datang. Saya bertuah kerana inisiatif ini mendapat perhatian Staedtler yang menaja segala aktiviti kelab ini sejak dua tahun lalu," katanya yang menganggarkan lebih 1,000 kanak-kanak sudah menjadi ahli dengan hanya mendaftar di laman sesawang kelab itu.


Menurut Erra lagi, kanak-kanak yang mendaftar untuk ahli Erra Art Club itu pasti gembira dengan aktiviti yang disediakan selain berpeluang bertemu dan beramah mesra dengannya.

 "Ahli Erra Art Club akan menerima sekeping Erra Art Card eksklusif yang akan menjemput mereka kepada acara-acara khas musim perayaan dan budaya nanti. Di situ terdapat pelbagai aktiviti seperti sesi bercerita, persembahan boneka, sesi nyanyian, peraduan melukis dan mewarna.

 "Selain aktiviti-aktiviti itu kami juga akan mengadakan lawatan untuk anak-anak bersama ibu bapa ke tempat-tempat yang menyeronokkan seperti Zoo Negara, Institut Penyelidikan Perhutaan Malaysia (FRIM), Sunway Lagoon dan banyak lagi.

 "Ahli club juga boleh memuat naik imej-imej karya mereka untuk dikongsi bersama ahli-ahli lain melalui laman web Erra Art Club, www.erraartclub.com.my,"

Facebook Erra Art Club: http://www.facebook.com/ErraArtClub

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top