Amy Mastura akui terkejut dengan berita kematian bekas jurusoleknya, Dicky yang dijumpai mati dibunuh dengan sangat kejam pada Selasa lalu.

Malah, Amy Mastura turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan berjumpa dengan Dicky atau nama sebenarnya Othman Hassan, 52, selepas lebih setahun lalu tidak bersua.

"Saya memang terkejut apabila mendapat tahu berita itu daripada rakan saya. Lebih sedih apabila mengetahui bahawa di amatyi dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Memang tak sangka dia pergi dengan begitu sahaja kerana masih lagi terngiang-ngiang suara dan gelak tawanya di telinga saya kerana dia seorang periang.


"Sebenarnya saya selalu terfikirikan dia sejak akhir-akhir ini dan berniat untuk berjumpa dia dan makan bersama, namun terkilan bila hajat saya itu tidak kesampaian. Tetapi hendak buat macam mana sudah ajalnya. Saya hanya mendoakan agar dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya .

Allahyarham ditemui mati dalam keadaaan yang sangat kejam apabila tangan dan kaki diikat dengan sehelai kain di rumahnya di Kampung Kasipilay, Selasa lalu

Mayatnya, ditemui oleh abangnya pada pukul 8 malam semalam apabila dia berkunjung ke rumah Dicky selepas beberapa kali gagal menghubunginya adiknya itu. Arwah dipercayai telah dicekik oleh suspek.

Mengenali sikap Dicky yang mesra dan ceria, Amy Mastura memberitahu bekas jurusoleknya itu seorang yang tidak mudah berdendam dengan sesiapa dan musykil mengapa ada individu yang sanggup memlakukan perbuatan kejam itu terhadapnya.

"Dia seorang yang sangat happy go lucky. Bila kami bersama kami pasti akan ketawa terbahak-bahak kerana kami akan sama-sama berjenaka. Dia juga bukan sorang yang suka berdendam dan selalunya apa yang rakan-rakannya cakap, dia tidak pernah ambil hati.

"Namun saya tidak tahulah apa masalah dia sehingga orang sanggup membunuhnya dengan sangat kejam begitu," luah Amy.

Dicky berkhidmat sebagai jurusolek Amy sejak awal kemunuculannya sehingga tahun 2000.

Mengenai perkembangan terbaru Amy, dia kini baru sahaja muncul dengan single Tapi Itu Dulu ciptaan Panji yang turut dimuatkan di dalam album kompilasi berjudul The Best of Amy Mastura. ~ Murai

Tags: jurusolek amy mastura, jurusolek amy mastura terbunuh, Amy Mastura, amy mastura dicky, penyanyi, jurusolek, dicky,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top