Filem Chori Chori Chupke Chupke di TV3 menjelang tahun baru 2013

Filem Chori Chori Chupke Chupke akan disiarkan 29 Disember jam 2 petang.

Sinopsis Chori Chori Chupke Chupke

Filem Chori Chori Chupke Chupke menceritakan Raj dan Priya Malhotra sudahpun berkahwin selama beberapa tahun dan hidup dalam keluarga yang kaya serta harmoni. Malangnya, mereka mempunyai satu masalah di mana Priya tidak boleh hamil.

Apabila usaha mengambil anak angkat gagal, Raj dan Priya menawarkan seorang pelacur iaitu Madhubala supaya menjadi 'ibu tumpang' bagi pasangan ini. Madhu bersetuju kerana pada waktu yang sama, dia sangat memerlukan wang.

Namun, keadaan menjadi rumit apabila Madhu jatuh cinta terhadap Raj. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Filem menarik ini membariskan lakonan berkesan Preity Zinta, Salman Khan, Rani Mukerji, Amrish Puri dan Dalip Tahil.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top